
BALIK PULAU: Polis menahan seorang remaja lelaki warga asing yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis bagi memeras ugut dan menyamun pekerja asing.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Jafri Md Zain berkata remaja berusia 16 tahun itu ditahan pada 12.25 tengah malam tadi di depan sebuah premis mencuci kenderaan di Gelugor dekat sini dan polis turut merampas antaranya pisau, motosikal jenis Honda dan duit syiling berjumlah RM35.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang pekerja warga Myanmar baru-baru ini yang didatangi remaja terbabit dan mendakwa sebagai pegawai polis sebelum meminta pasport milik mangsa dalam kejadian di Bayan Baru.
“Suspek turut bertindak menumbuk muka lelaki itu sebelum mangsa melarikan diri selepas ternampak pisau dalam bakul motosikal ditunggang remaja berkenaan kerana bimbang dicederakan,” katanya ketika dihubungi Bernama…