Haa…siapa yang tak kenal dengan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat atau nama panggilan manjanya Adik.

Baru-baru ini, Ayda menerusi laman Instagram ada memuat naik satu video nyanyian sebuah lagu bertajuk Hurt yang dipopularkan oleh penyanyi Antarabangsa, Christina Aguilera.
Rata-rata peminat terkejut dan bangga dengan suara ‘padu’ Ayda yang semakin menunjukkan peningkatan dan mampu membawanya dengan baik sekali.
Mana tidaknya, lagu ini kan bernada tinggi, sangat susah untuk dibawa!