
PETALING JAYA: Kemerdekaan akan lebih bermakna apabila rakyat bebas daripada kemiskinan dan tidak dibebani kos sara hidup, menurut bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata beliau prihatin dengan peningkatan kos sara hidup, terutama ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.
“Tindakan kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel banyak memberi kesan berantai kepada kenaikan kos perkhidmatan dan harga barangan keperluan asas yang sangat membebankan kumpulan ini.
“Keadaan ini juga mendorong kenaikan kadar inflasi keseluruhan dan inflasi teras negara kepada 1.9% pada suku kedua 2024 berbanding 1.8% pada separuh pertama,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan kemerdekaan ke-67.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, kemerdekaan dalam erti kata sebenar adalah…