IPOH: “Mereka boleh pilih untuk tidur, tetapi lebih sanggup pilih bersusah-payah bantu lancarkan perjalanan kami malam itu,” kata Zairul Annuar Mohd Zain, 47, yang videonya menggunakan “jalan tikus” di Ladang Bikam ketika menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke Nilai, Negeri Sembilan pada Syawal ke-4, tular di media sosial sejak semalam.
Zairul ketika dihubungi Bernama mengakui tidak menyangka video itu tular dan dikongsi pengguna media sosial lain, serta portal berita tempatan.
Katanya, dia agak kesal kerana tidak merakam keseluruhan kejadian bermula daripada bertemu sekumpulan lelaki berbangsa Cina dan cuma sempat merakam sebahagian sahaja kejadian.
Menceritakan detik malam itu, Zairul berkata dia dan isteri serta anak berusia 17 tahun dalam perjalanan pulang ke Nilai, selepas beberapa hari berhari…