Selepas menyertai sebuah program realiti, anak perempuan kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Audra sering mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Keluarga Saya Menjadi Tumpuan” – Sharifah Shahira & Anak-Anak Kini Di Kaca TV!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak
Respon komen negatif

Menerusi perkongsian di podcast Too Pretty To Handle, pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan respon terhadap kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya dan anak.
Saya cuba untuk tidak jawab. Jangan balas dan jangan respon sangat sebab mereka tidak tahu.
Baca juga (kecaman), tapi tak (beremosi).
Tapi saya sedih dengan mereka. Kesian dengan mereka..baru lepas mengaji pun cakap benda tak elok..sembahyang lima waktu tapi cakap menyakitkan orang..mungkin kadang-kala saya akan berfikir begitu.
Bagaimanapun, sebagai ibu,…