Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana sempat kembali melakukan siaran langsung di TikTok sebelum dimatikan semula kira-kira jam 3.25 pagi.
Kena kepung dekat sangat

Sebelum siaran langsung dimatikan, Ardell mendedahkan bot yang dinaikinya kembali dikepung Tentera Israel.
Kata Ardell, dia sudah bersedia untuk membuang telefon bimbit ke dalam laut sekiranya tentera terbabit menaiki bot mereka.
Saya kena kepung tadi banyak sangat bot. Tapi alhamdulillah Allah lindungi kami.
Saya belum buang lagi telefon saya. Saya tak akan buang selagi mereka belum naik ke atas bot.
Tambah Ardell, dia juga mendengar jeritan yang sangat kuat namun tidak dapat dipastikan dari arah bot yang mana satu.
Line internet slow

Dalam pada itu, Ardell juga memohon kerjasama orang ramai yang menonton untuk merakam dan menyebarkan tindakan Tentera Israel yang menyerang bot orang awam.
Saya punya line akan jadi slow sebab IDF dah sekat. Kami cuba plug off dan plug ini semula.
Mereka makin dekat dengan bot kami. Kali…