Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Meriah! Sepanjang Bulan Puasa, Ibu Harissa Adlynn Siapkan 30 Pasang Baju Kurung

today21 March 2024

Background

Pelakon manis, Harissa Adlynn memaklumkan ibunya akan menyiapkan 30 pasang baju kurung untuknya sempena bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Harissa atau nama lengkapnya, Harissa Adlynn Halim memuat naik sebuah video yang memaparkan dia bersama ibunya, Ajaah Moh Radzhi menggayakan baju kurung.

Menurut pelakon filem The Lord Musang King itu, ibunya akan menyiapkan 30 pasang baju kurung setiap tahun untuknya untuk dipakai semasa bulan Ramadan.

โ€œSetiap Ramadan, sejak kecil lagi Mama akan sediakan 30 pasang baju kurung untuk saya pakai.
โ€œDan ini adalah 7 pasang daripadanya,โ€ tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memuji penampilan dua beranak itu yang anggun menggayakan baju kurung.

Ada juga yang menyifatkan Harissa dan ibunya itu seperti adik dan kakak.

harissa adlynn

Written by: Aqilah


Previous post