Denda RM11.3 juta dikenakan bagi kesalahan merokok di premis makan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM24.8 juta atas kesalahan merokok di tempat awam dalam tempoh Januari tahun lalu hingga 30 April.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata denda itu membabitkan sebanyak 99,596 notis kesalahan bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.
Bagi penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan pula, Zaliha berkata pihaknya mengeluarkan denda keseluruhan RM11.3 juta untuk tempoh sama iaitu RM7.6 juta pada 2022 manakala RM3.7 juta sepanjang empat bulan tahun ini.
“Pada 2022 sebanyak 30,648 notis kesalahan merokok dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) manakala 14,872 notis tahun ini,” katanya dalam jawapan lisan Dewan…