Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mes pegawai zaman kami tempat orang budiman, kata kapten bersara

today11 January 2026

Background


Abdul Rahmat Omar Haniff
Kapten bersara tentera udara, Abdul Rahmat Omar Haniff, persoal bagaimana parti liar boleh diadakan di pangkalan tentera seperti didakwa di media sosial.
PETALING JAYA:

Seorang bekas pegawai tentera udara mempersoalkan sikap seperti ‘sambil lewa’ terhadap keselamatan dan piawaian tingkah laku di pangkalan tentera, susulan dakwaan baru-baru ini berkait penganjuran parti liar yang dikatakan turut melibatkan pekerja seks.

Kapten bersara tentera udara, Abdul Rahmat Omar Haniff, berkata pelanggaran sedemikian hampir mustahil berlaku tanpa dikesan.

“Ia adalah sesuatu yang sangat melampau jika ia benar. Apa sudah jadi kepada pelbagai proses keselamatan?” katanya. “Pastinya pengawal tahu. Tentu pegawai bertugas pada malam mereka ini masuk tahu. Pastinya, komander bertugas akan menerima laporan jika ada laporan dibuat.”

“Semestinya komander pangkalan akan tahu jika beliau membaca laporan tersebut – sekiranya laporan itu dibuat. Saya melihat adanya sikap sambil lewa di sini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alfian Tahir


Previous post

Sukan

TFC menang tipis di Selayang

Kuala Lumpur: Terengganu FC menamatkan badi kemenangan dalam dua aksi Liga Super selepas membenam PDRM FC 0-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di Selayang, malam tadi.

today10 January 2026