

Dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan kenaikan sederhana di Bursa Malaysia menyebabkan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susut kepada 6.15% bagi 2025 berbanding 6.3% tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menyifatkan pulangan itu kekal memberangsangkan dalam keadaan pasaran global tidak menentu.
Barjoyai Bardai dari Malaysia University of Science and Technology berkata turun naik dolar AS mengurangkan secara ketara pulangan keseluruhan KWSP.
“Lebih 40% portfolio KWSP dilaburkan dalam aset luar negara. Walaupun pelaburan itu mencatat pulangan besar, kadar pertukaran dolar AS yang lebih lemah mengurangkan keuntungan bersih,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata ringgit mengukuh kira-kira 10.1% berbanding dolar AS pada 2025, sekali gus mengurangkan nilai pendapatan luar negara apabila ditukar semula kepada…