Nama Shahz Jaszle tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dan selepas lama menyepi dari kaca TV, namanya kini jadi bualan ramai.
Shahz difahamkan sedang dalam penggambaran sebuah drama dan baru-baru ini dia berkongsi video di sebalik tabir penggambaran drama tersebut di TikTok miliknya.
@shahzjaszle #BTS #fyp #shooting with @emma_maembongofficial video by @miezailani
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kemesraan Shahz dan Emma Maembong apabila digandingkan bersama. Menjadi kontroversi apabila Shahz dan Emma dilihat mesra berpelukan dan juga menepuk punggung.
Perkongsian video di sebalik tabir penggambaran Shahz berlakon bersama Emma itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kurang senang melihat aksi mesra mereka.
Para netizen turut beranggapan bahawa aksi-aksi yang dilakukan seperti berpelukan dan menepuk punggung dianggap tidak sesuai dan melampau walaupun atas dasar ‘lakonan’.