Menerusi video yang dimuat naik oleh @itme_eyen, kelihatan lelaki itu berkongsi situasi semasa dia sedang membeli nasi lemak.
Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah lokasi warung nasi lemak itu yang dikatakan sangat strategik iaitu berada betul-betul di depan roadblock.
Situasi tersebut membuatkan ramai berseloroh kononnya mak cik nasi lemak pandai memilih tempat untuk menjual makanannya untuk menarik perhatian sesiapa saja yang baru melepasi roadblock itu.