
PETALING JAYA: Hannah Yeoh mempersoalkan sama ada kanak-kanak tanpa kerakyatan perlu menjadi pemain bola sepak profesional untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Ahli Parlimen Segambut itu bertanya demikian susulan laporan bahawa pemain bola sepak kelahiran Britain, Lee Tuck, yang bermain untuk Sri Pahang FC, kini menjadi warganegara Malaysia secara naturalisasi.
Sebelum ini, pemain bola sepak lain seperti Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula turut mendapat kerakyatan melalui proses sama.
“Mestikah anak-anak tidak bernegara ini bermain bola sepak dahulu sebelum pihak berkuasa prihatin dengan nasib mereka?” soal Yeoh dalam satu catatan di Facebook.
“Inilah sebabnya dari awal saya menganjurkan penubuhan kementerian untuk kanak-kanak kerana kita mampu (belanja)…