

PAS akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hubungan dengan Bersatu tidak lama lagi, menyusuli amaran Presiden Hadi Awang kepada parti itu.
Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata PAS kemudian akan membawa hasil mesyuarat itu ke Perikatan Nasional.
“Kami akan mengadakan mesyuarat, dan selepas itu, kami akan membuat keputusan. Mesyuarat akan diadakan dalam masa satu atau dua hari ini,” katanya ketika ditanya sama ada kenyataan Hadi menandakan perubahan dalam pendirian terhadap Bersatu.
Hadi sebelum ini mengumumkan PAS akan menilai kerjasama dengan Bersatu, bersekali amaran bahawa kesabaran ‘ada batas’, menuju pilihan raya yang semakin hampir.
Pengumuman itu setelah PAS “mengkaji satu persatu tindakan Bersatu”, mengambil contoh situasi politik di Negeri Sembilan dan Perlis, serta pendirian berkenaan usaha membawa masuk parti tertentu ke…