

Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di ibu pejabat PAS malam tadi tidak membincangkan penyingkiran Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN), menurut seorang peserta.
“Isu nak keluarkan Bersatu dalam PN tak dibincangkan,” kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kepada pemberita selepas mesyuarat.
Para wakil rakyat yang ditemui pemberita bercakap tentang kempen Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, serta kedudukan ketua pembangkang.
Rosol memaklumkan bahawa mesyuarat membincangkan persiapan untuk pembukaan Parlimen. Menurut takwim Parlimen, mesyuarat kedua bagi penggal ke-5 Parlimen ke-15 akan bersidang dari 22 Jun sehingga 16 Julai.
“Kita bincang kedudukan ketua pembangkang, hala tuju PRN, soal tukar kedudukan kerusi dalam Parlimen tak bincang lagi, semua setuju Hamzah Zainudin kekal ketua pembangkang,” tambahnya.
Selain wakil rakyat…