Pasukan petugas itu ditubuhkan dengan kerjasama EC, Indonesia dan Malaysia berhubung pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU.

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas bersama yang ditubuhkan dengan persetujuan Suruhanjaya Eropah (EC), Indonesia dan Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama mengenai pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) akan mengadakan mesyuarat sulungnya menjelang minggu pertama Ogos.
Indonesia dan Malaysia sepakat bahawa pasukan petugas bersama EC akan menumpukan pada komoditi berkaitan minyak sawit, kayu, getah, kopi serta koko, kata Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) dalam kenyataan bersama.
Pasukan petugas bersama itu terdiri daripada wakil kerajaan serta pihak berkepentingan dari kedua-dua negara, termasuk persatuan komoditi, pekebun kecil, persatuan pekerja dan pertubuhan masyarakat sivil…
