
PETALING JAYA: Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Sabah dan Sarawak serta Exco Perpaduan Negeri (MExUnity) yang berlangsung hari ini membincangkan usaha mengukuhkan perpaduan, perancangan serta pelaksanaan program perpaduan di peringkat negeri.
MExUnity yang kali pertama diadakan tahun ini dipengerusikan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan dianggotai barisan exco perpaduan negeri dan hal ehwal agama selain Islam.
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan berkata, antara perkara utama dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah inisiatif pemerkasaan rukun tetangga (RT) sebagai penggerak komuniti progresif, Jelajah Belia Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni Madani.
Dalam inisiatif pemerkasaan RT, sekurang-kurangnya 116 RT di seluruh negara dikenal pasti sebagai Model…