Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan mengenai Pindaan Manual Liga Malaysia 2024-2025 melibatkan pendaftaran maksimum 12 Pemain Asing menerusi persetujuan bersama majoriti Rakan Kongsi Liga dan telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL.
Menurut MFL, syarat itu hanya terpakai untuk pasukan yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), ACL2 dan pertandingan kelab Asean (AFF) sahaja.
…
