PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) memutuskan ‘tidak akan hadir’ dalam aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Dalam kenyataan, kelab itu memutuskan demikian selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini menolak permohonan mereka menunda tarikh asal perlawanan atas alasan ‘faktor keselamatan’.
Selangor FC berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian dan perbincangan terperinci mengambil kira insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.
“…pihak kelab terpaksa mengambil keputusan sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.
“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan…