Malaysian Football League (MFL) pada pagi tadi mengumumkan harga rasmi tiket bagi aksi final Piala FA 2025/26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 14 Disember 2025 (Ahad), jam 9.00 malam.
Pertembungan kemuncak saingan Piala FA musim ini bakal menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan pencabar, Sabah FC yang kali terakhir beraksi di pentas final kejohanan kalah mati ini pada 1998 di mana mereka tewas 0-1 kepada Johor…