
Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa pendaftaran tiga pemain warisan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan seorang pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero sebagai pemain tempatan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2025-2026.
Merujuk kepada Manual Liga Malaysia Edisi 2025-2026, di bawah 01 Peraturan Pertandingan, Artikel 3: Sistem Pendaftaran Dan Perpindahan Pegawai Dan…