

MIC akan kekal dalam Barisan Nasional (BN) buat masa ini, kata timbalan presiden parti itu, M Saravanan, walaupun beliau masih berteka-teki sama ada ia akan menyertai gabungan pembangkang selepas ini.
“Kami kekal bersama BN buat masa ini,” katanya dalam sidang media hari ini di ibu pejabat parti.
Apabila ditanya sama ada ia bermaksud parti itu menolak Perikatan Nasional (PN), Saravanan berkata: “Tidak, saya tidak mengatakan begitu.”
Beliau berkata perkembangan dalam PN memerlukan parti itu menilai semula kedudukannya, khususnya selepas perubahan kepimpinan.
“PN telah melalui beberapa perubahan. Ia dahulu dipimpin oleh Bersatu ketika kami membuat pertanyaan. Kini ia dipimpin oleh PAS.
“Kami bukan sahaja perlu mendapatkan pandangan akar umbi, tetapi juga mesti memahami sentimen masyarakat India sekiranya mahu menyertai gabungan yang diterajui PAS.”
Saravanan menegaskan…