
MIC masih merupakan sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Zambry Kadir.
Beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang makluman rasmi kononnya MIC akan meninggalkan BN, malah hubungan antara kepimpinan tertinggi parti komponen kekal utuh dan baik.
“Saya yakin MIC masih tetap bersama BN sehingga kini. Kita tidak ada isu yang berbangkit berkaitan masalah itu dan tidak dibincangkan pun (dalam mesyuarat).
“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa, sebarang laporan yang mengatakan mereka keluar ataupun tidak, kita tidak mengambil itu sebagai sumber sahih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan…