
MIC memautkan harapan pada sasaran 115 kerusi Parlimen yang diumumkan Barisan Nasional bagi PRU16 dipercayai antara sebab parti itu belum mahu meninggalkan gabungan itu.
Penganalisis berkata sasaran memperlihatkan momentum baharu dalam BN, yang sebelum ini dibayangi spekulasi perpecahan lantaran ketidakpuasan hati MIC, antaraya kerana ‘kekangan’ daripada gabungan itu.
“BN akan bertanding 115 kerusi Parlimen memberi gambaran BN sudah mempunyai keyakinan dan sudah pulih dari situasi sebelumnya. Mungkin MIC tertarik dengan wajah BN yang baru,” kata Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.
Dalam pada itu, penganalisis percaya MIC masih meragui Perikatan Nasional yang berusaha untuk menampilkan imej majmuk.
“PN masih dilihat sebagai gabungan berteraskan Melayu dan sukar untuk menjadi benar-benar berbilang kaum tanpa menjejaskan sokongan…