Hot FM

MIC tak minat tanding di Pulai, Vigneswaran beritahu Nur Jazlan



S A Vigneswaran berkata rundingan kerusi Parlimen ditentukan pimpinan pusat dan negeri tidak perlu masuk campur.

PETALING JAYA: Presiden MIC S A Vigneswaran menegaskan partinya tidak berminat untuk bertanding di Parlimen Pulai pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), susulan kenyataan Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan kerusi itu kepada partinya.

Beliau berkata, kenyataan Nur Jazlan mengenai penawaran kerusi itu sememangnya kenyataan yang tidak diingini.

“MIC tidak pernah meminta untuk bertanding di kerusi Parlimen itu. Malah, kami tidak minat bertanding di situ.

“Jadi, isu ini tidak perlu dibangkitkan selepas ini,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Nur Jazlan yang mencabar MIC untuk berkorban menerusi ‘sistem barter’ dengan membenarkan Umno bertanding di kerusi Parlimen Tapah, beliau menjelaskan, rundingan kerusi Parlimen adalah tugas pucuk pimpinan Barisan Nasional…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version