Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Michael Ang Dikritik Tak Layak Jadi Orang Islam Gara-Gara Caprice?

today19 October 2023

Background

Pengarah, penerbit dan pelakon, Michael Ang menerima kecaman hebat sehingga didesak untuk keluar agama Islam kerana dianggap menyokong tindakan kejam Israel menyerang Palestin.

Menurut Michael, berlaku salah faham yang mengakibatkan netizen membuat tuduhan tidak berasas terhadap dirinya baru-baru ini.

β€œSaya tak kisah pun apabila ada orang gelar saya tak layak bergelar muslim yang baik. Itu urusan antara saya dan Allah SWT.

β€œLagi pun saya tidak perlukan pendapat orang lain untuk mengatakan saya seorang muslim yang baik,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dia mahu memperbetulkan keadaan selepas disindir penyanyi rap, Caprice apabila dikatakan menyokong Israel.

Menurut Michael, timbul salah faham terhadap perkongsiannya di Instagram susulan konflik Israel-Palestin sedangkan dia sangat membenci tindakan rejim Zionis serta memberikan sokongan serta solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Masalah yang berlaku ini adalah berpunca daripada dakwaan palsu oleh Caprice yang sesuka hati memutar belit cerita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Lebih-lebih lagi, Michael akan dihujani makian dan kritikan memandangkan Caprice sangat berpengaruh. Ramai yang mudah percaya dengan apa yang diperkatakan.

“Caprice memanipulasi kenyataan dan mengatakan saya menyokong tindakan ganas Israel. Itu tidak adil. Caprice ada berjuta pengikut, akibatnya saya dihentam dan diserang pengikutnya,” katanya.

Michael beriongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada sidang media dan sesi rakaman program Dapur Tempur Selebriti yang berlangsung di Hotel Le Quadri, Cheras pada Rabu.

Sebelum ini, Michael sangat lantang mengutarakan konflik Israel-Palestin dengan mengutuk keganasan rejim Zionis itu di Instagramnya, namun perkongsiannya dipadam.

Malah, dia turut disekat daripada melakukan siaran langsung di Instagram selama dua bulan menerusi platform yang sama.

Justeru, bimbang kes tersebut berulang, Michael mengambil jalan yang lebih selamat untuk tidak menyebut mana-mana pihak dalam hantarannya.

β€œSaya harap dia baca betul-betul kenyataan yang saya keluarkan. Kalau netizen yang komen pasal saya, saya tak layan, tapi sebab Caprice yang bersuara, saya balas balik dan siap tag namanya di Instagram.

“Tindakan Caprice sangat melampau. Dia masuk campur tetapi tidak tahu hujung pangkal. Dia ada nombor telefon dan boleh terus hubungi saya.

β€œSebelum ini, boleh pula dia hubungi saya ajak buat lagu, tapi isu macam ni, tak boleh pula nak berhubung?” jelasnya.

Sementara itu. Michael turut menegur Caprice dan orang ramai agar tidak terus membuat kesimpulan tanpa membaca dan memahami kenyataan itu terlebih dahulu.

Written by: Aqilah