Pelakon dan pengarah terkenal Michael Ang mengaku sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun yang lalu.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi akaun Instagramnya hari ini.
https://www.instagram.com/p/Bw3sANcBg_o/
Lantas, pengakuan Michael menerusi foto tulisan jawi “Allahuakbar” yang dimuat naiknya itu dihujani ucapan syukur dan gembira oleh kalanagan artis tempatan termasuk Scha Al-Yahya, Fazura, Anzalna, Saharul Ridzwan, Nora Danish dan Mawar Rashid.
Dalam pada itu, Michael turut memohon agar orang ramai dapat memberi tunjuk ajar kepadanya tentang agama memandangkan dia baru sahaja memeluk agama Islam.
Alhamdulillah. Semoga kehidupannya diberkati Tuhan serta Ramadhan kali ini disambut dengan penuh makna.
Post comments (0)