Hot FM

Michael Ang Tempelak Isu Old Money

Pengarah sensasi, Michael Ang tampil menegur individu yang mencipta kembali trend fesyen old money sehingga dikritik ramai, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Michael berpendapat bahawa golongan old money terdiri daripada orang tua-tua yang tidak perlu bekerja.

“Awak tak akan dapat jadi old money macam mana kau cuba atau pakai baju macam Malaysia ni ada empat musim dan buat video sampai berpeluh-peluh.

“Nak jadi old money kena lahir dalam keluarga old money. Kebanyakan orang old money Malaysia adalah apek apek dan pakcik minum kopi pagi-pagi, tak perlu pergi kerja,” katanya.

Dalam muat naik sama, Michael memberi nasihat kepada netizen untuk tidak mengendahkan atau membuang tenaga mengutuk individu tersebut yang mahu menjadi old money.

“Netizen tak perlu nak kutuk-kutuk si pendek tu nak jadi old money sebab dia tak ada modal dah nak viral jadi saja la tu nak orang mengata dia relevan balik semenjak whiteboard.

“Gunakan anak dah tak jalan kena la cari hate marketing yang baru,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Andika Putera menjadi kritikan ramai apabila dia memaklumkan telah membuat satu komuniti dikenali sebagai old money.

Exit mobile version