Pelakon dan pengarah Michael Ang menegur tindakan pasangan pempengaruh yang bertindak berbalah di media sosial.
Kata Michael, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan terbabit memandangkan kedua-duanya menjadi perhatian masyarakat.
Malah, sebagai seorang yang berpengaruh, Michael menyifatkan tindakan tersebut seakan budak kecil.
“Apa punya b*doh manusia bergaduh macam budak-budak pergi je lah court selesaikan.
“Aib ya gambar sebelum renovate satu badan dan muka disebarkan. Tak baik, tak baik,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, rata-rata warganet seolah-olah dapat meneka siapakah gerangan pempengaruh yang dimaksudkan Michael.



Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Epal telah menggesa bekas suaminya, Jofliam menjual kereta mewah miliknya sekaligus mahu hasil jualan tersebut dibahagikan secara sama rata.
Sedar dengan ‘tuntutan’ tersebut, Jofliam tampil membalas kenyataan tersebut dengan memaklumkan dia mahu bekas isterinya itu mengembalikan semula hidung ‘palsu’ miliknya sekaligus menimbulkan rasa berang wanita itu.


