Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Michael Ang Terkejut Dengan Rantai Emas Milik DSV – “Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…”

today20 October 2022

Background

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV).

Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak menghalangnya untuk memberikan pendapat mengenai barang kemas sahabatnya yang dianggap seperti ‘lesen lembu’.

Lebih menarik perhatian warganet apabila perbualan antara mereka berdua, turut disertai pelakon dan penyanyi kontroversi, Ifa Raziah.

Menurut Ifa, hanya tiga orang sahaja yang boleh memakai rantai emas seperti kepunyaan DSV itu.

@onlyyou_gold Apa la michael ang ni Dia taktahu ke only you ni cantik design dia #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #datoserivida #onlyyougold #emas ♬ original sound – Only you_gold

 

Menerusi video berdurasi 27 saat yang dikongsi oleh @onlyyou_gold di akaun TikToknya, DSV terlihat sedikit marah apabila rantai emasnya itu dipersoalkan dan dikutuk oleh Michael Ang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Michael Ang.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 23,000 tanda suka.

 

Written by: Salma


Previous post