Anwar Ibrahim turut memaklumkan pada pertemuan itu Michelle mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya.

PETALING JAYA: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Pertemuan bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook dan Instagram miliknya.
“Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Michelle Yeoh. Beliau mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya. Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga, dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.
“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan,” katanya.
Pelakon berusia 60 tahun itu…