Pengguna Midea hanya perlu mengisi borang dengan melayari laman web rasmi Midea Malaysia https://www.midea.com/my/mancitybuywinfly2024 untuk menyertai peraduan besar ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Kehormat Midea Malaysia, Ng Kong Chin berkata, pihaknya sentiasa komited terhadap inovasi dan kualiti ketika mereka terus menghadapi perubahan pesat dalam industri peralatan rumah.
“Fokus kami adalah untuk menggabungkan teknologi canggih dengan amalan mampan, memastikan produk kami bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan.
“Kami komited untuk memperluaskan jangkauan pasaran kami bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, dan memperkayakan portfolio produk kami untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna moden,” ujarnya.
Seiring dengan kempen ini, Midea juga melancarkan siri peralatan rumah pintar terbaru mereka, yang direka dan dinaik taraf untuk integrasi yang lancar dengan teknologi AI moden.
Melalui aplikasi Midea SmartHome, pengguna boleh mengawal…