Site icon Hot FM

Miera Leyana Mohon Bekas Madu ‘Move On’

Pelakon Miera Liyana seakan sudah bosan dengan tindakan bekas madunya, Adibah Abdul Mutalib.

Menurutnya, kes mahkamah membabitkan bekas madu dan suaminya, Rosland Othman, 52 turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.

Mengaku reputasinya kini tercalar, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 kini sudah mula berjinak-jinak menjadi pempengaruh (Influencer).

“Tak perlu meraih simpati orang dengan guna nama saya. ‘Move on’ dengan kehidupan anda.

“Sudahlah buka aib suami. Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar.

“Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi ‘influencer’ (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tapi dengan kes mahkamah  itu membuatkan kerja saya terganggu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Miera juga mahu kesihatan mental suami dan anak-anaknya terjaga memandangkan segala kenyataan yang dikeluarkan Adibah kepada media akan kekal selama-lamanya dan ini sedikit sebanyak akan menganggu kehidupan mereka kelak.

Bercerita mengenai tuntutan nafkah pula, Miera menyerahkan segala urusan tersebut kepada pihak mahkamah.

“Tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah yang difailkan tuntutlah di mahkamah.

“Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Tapi, bila buat kenyataan kepada media ia akan menganggu fikiran anak-anak awak juga,” jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version