Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Miley Cyrus kerana sudah mengesahkan perkahwinannya dengan pelakon Australia, Liam Hemsworth.
Bintang Disney itu berkongsi foto yang diambil pada majlis itu ke akaun media sosialnya, yang dilaporkan berlangsung pada Ahad.

Gambar yang dikongsi di akaun Twitter Cyrus itu turut disertakan dengan kapsyen “10 tahun kemudian…”
Menurut laporan portal antarabangsa, majlis ringkas itu turut dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.

Pasangan itu bertemu hampir sedekad lalu ketika membintangi filem The Last Song.
Mereka kemudiannya bertunang pada 2012, namun hubungan mereka dikatakan retak setahun kemudian.
Pada 2015, pasangan itu dilaporkan kembali menjalin hubungan.