Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Miliki gambar lucah, penjual baju dalam didenda RM3,000

today29 December 2023

Background


Seorang penjual baju dalam talian didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju dalam talian didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbitnya, Mei lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Yi Hang, 32, yang mengaku bersalah memiliki gambar lucah dalam sebuah komputer riba dan lapan telefon bimbitnya di sebuah unit kondominium di Taman Kobena, Cheras di sini pada 4.30 petang, 22 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Nom Phot Prackdit memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Justin masih trauma

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Justin Hoh mengakui, dia masih trauma dengan kecederaan dan perkara itu memaksa dia lebih berhati-hati di dalam gelanggang.

today29 December 2023