Penyanyi, Mimi Fly mendedahkan single baharu berjudul Angkat terhasil daripada kisah pengalaman pahitnya yang terpaksa berhadapan dengan individu ‘toksik’ sehingga berniat untuk menjatuhkannya.
“Idea untuk lagu ini datang secara bersahaja, memang ditulis daripada pengalaman sendiri.. saya pernah berurusan dengan orang yang kuat mengata dibelakang.
“Malah, ada yang cuba merosakkan karakter dan reputasi saya. Single Angkat menggambarkan perasaan saya yang tak mahu lagi berurusan dengan orang sebegitu,” katanya.
Sementara itu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees ini turut mengangkatkan elemen klasik Melayu seperti songket dan batik, selain mengetengahkan bahasa isyarat dalam muzik video lagu tersebut.
Jelas Mimi, keputusannya mengetengahkan bahasa isyarat dalam muzik video lagu Angkat adalah untuk mendekati golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Semua orang tahu saya ada anak OKU. Saya sering rasa sebagai artis, ada sekelompok yang tak dapat memahami apa yang dipersembahkan kerana kekurangan saya.
“Jadi, saya mahu mendekati mereka agar merasa lebih dekat dengan saya,” katanya.
Sebelum ini, single baharu Mimi berjudul Angkat meraih pujian ramai yang menggunakan bahasa isyarat dalam muzik video sekali gus dianggap sebagai bertaraf antarabangsa.
Artikel Berkaitan: Angkat ‘Silent Language’ Dalam Muzik Video, Mimi Fly Raih Pujian – “Ikonik! Ni Memang Bertaraf Antarabangsa”
Sumber: Berita Harian