
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) mengabaikan pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Mindef, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.
“Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, panglima tentera laut ketika itu, keputusan tersebut adalah ‘something is gravely wrong’ (sesuatu yang sangat tidak kena),” katanya pada sidang media di Parlimen.
Wong mendedahkan perkara itu ketika membentangkan laporan PAC berhubung perkembangan perolehan…