
KUALA LUMPUR: Dana kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara.
KPM dalam kenyataan memaklumkan Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.
Cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Acara anjuran…