Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Minta Bantuan & Doa Orang Ramai, Sepupu OKU Mizz Nina Hilang Sejak 13 Ogos

today16 August 2022

Background

Aktivis kemanusiaan dan selebriti, Mizz Nina memaklumkan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, hilang dan kali terakhir dilihat berada di rumah pada 13 Ogos 2022.

Mizz Nina berkongsi berita duka tersebut menerusi sebuah hantaran yang memaparkan butir-butir mengenai sepupunya di Instagram miliknya, semalam.

Menurut Mizz Nina, sepupunya itu tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pembelajaran namun boleh bertutur dengan baik.

β€œSepupu saya hilang. Dia OKU. Jika anda pernah melihatnya, sila hubungi nombor yang tertera di risalah. Tolong share dan semoga Allah permudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan penceraian sepupu selebriti itu akan dipermudahkan.

Tidak ketinggalan rakan selebriti, aktres jelita dan pengacara Lisa Surihani turut menzahirkan kata doa dengan penuh makna.

β€œInnalillahiwainnalillhirojiun. Subhanallah. Ya Muhaymin. May You watch her and look for her, and keep her safe and bring her back to her loved ones.

β€œMay Allah grant your family ease through this very trying time. Ya Jabbar, with your Decree, you can fix every solution. Ya Rahman Ya Raheem,” tulisnya di ruangan komen.

Semasa artikel ini ditulis masih tiada perkembangan mengenai pencarian sepupu Mizz Nina yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Written by: Aqilah


Previous post