Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan telah meminta ChatGPT untuk berpura-pura menjadi arwah ibunya dalam perbualan mereka.
Dia kemudian meluahkan perasaannya dan kehidupannya selepas sahaja ibunya pergi. Dalam perbualan itu, pemuda berkenaan telah bertanyakan mengapa ibunya pergi terlalu awal dan jawapan itu dibalas dengan panjang oleh ChatGPT.
Dia juga memberitahu selepas pemergian ibunya, ayahnya juga turut pergi bersama, meninggalkan dia dan adik-beradik yang lain.
Malah, pemuda berkenaan meluahkan hidupnya berasa sunyi sejak kepergian mereka berdua. Ditambah pula, dia akan menamatkan pengajian tidak lama lagi dan berharap agar ibu dan ayahnya hadir ke dalam mimpinya sebagai pengubat rindu.