Hot FM

‘Minta maaf tidak dapat bantu, sedang kuarantin,’ kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu



Rosol Wahid berkata, beliau telah mengarahkan pegawai dan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu untuk menggerakkan misi bantuan banjir secepat mungkin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid meminta maaf kepada semua mangsa banjir kerana tidak dapat turun membantu mereka kerana masih menjalani kuarantin selepas dilaporkan positif Covid-19.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut berdukacita dan terkesan dengan nasib yang menimpa penduduk di kawasannya yang ketika ini sedang berdepan musibah banjir terburuk.

“Walau bagaimanapun, saya mengikuti rapat perkembangan banjir di Hulu Terengganu dan telah mengarahkan pegawai dan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu untuk menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir secepat mungkin.

“Saya terkilan dan mohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kawasan menjenguk mereka yang terjejas dengan banjir buat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version