Hot FM

Mira Filzah Kongsi 5 Hantaran Hasil Sentuhan Opahnya Sendiri

Sungguh meriah ketiga-tiga majlis perkahwinan antara pelakon Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Astar bulan lalu.

Mengambil inisiatif untuk merahsiakan majlis risik dan pertunangan, pengacara program Nona tersebut baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto hantaran yang diberi kepada suaminya.

Siapa sangka hantaran yang diberi itu sebenarnya adalah hasil sentuhan daripada neneknya sendiri dipanggil Opah yang berusia 81 tahun pada 2020.

Menariknya tentang hantaran tersebut, kesemuanya adalah manisan dan dibuat penuh ikhlas daripada Opahnya yang bernama Yun Abdul Rahman.

Menerusi Instagram Story Mira juga, beliau turut berkongsi cerita di mana Opah sebenarnya sudah bersara daripada bidang berkenaan, namun masih berusaha untuk membuat kek untuk cucunya pada hari perkahwinan Mira dan Wan Emir.

Apa-apa pun, semoga Opah Mira dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan terus kuat!

Exit mobile version