Sedar tak sedar, kita sudah pun berada dalam 10 malam terakhir Ramadan. Cepat betul masa berlalu…
Pelakon Mira Filzah mengajak pengikutnya untuk turut sama mengejar malam yang sering ditunggu-tunggu iaitu malam Lailatul Qadar.

Menerusi Instagram miliknya, Mira ada berkongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan sepanjang mencari Lailatul Qadar.
Ditulis dalam bahasa rumi beserta maksud, perkongsian ilmu oleh pelakon berusia 27 tahun itu sudah pasti memudahkan peminat untuk menghafal serta memahami erti sebenar doa tersebut.
Selamat beramal!