Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Mira Filzah Simpan Harapan Berlakon Filem Komedi Romantik

today28 January 2026

Background

Pelakon dan usahawan, Mira Filzah meluahkan hasrat untuk membintangi filem bergenre romantik komedi (romcom) sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia amat meminati filem Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia sekali gus berharap dapat merasai pengalaman membintangi naskhah seumpama itu suatu hari nanti.

“Kalau ada rezeki, saya nak sangat berlakon filem romantik komedia (Romcom) macam Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia! Suka dua-dua filem ni,” katanya.

Mira meluahkan hasrat hatinya itu selepas pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37  (ABPBH37), Sweet Qismina berkongsi hantaran di Threads miliknya baru-baru ini.

Perkongsian Mira itu pantas menarik perhatian peminat yang rata-ratanya menyambut baik idea melihat aktres berkenaan membawakan watak dalam genre romantik komedia, yang dianggap sesuai dengan imej, personaliti dan gaya lakonannya.

Written by: Salma


Previous post