Pada malam Anugerah Juara Lagu ke 33, Misha Omar yang membuat kemunculan semula selepas berehat seketika, menjadi finalis nombor 11 membuat persembahan, menyanyikan lagu Sampai Bila.
Sampai Bila dicipta oleh Sharon Paul dan lirik adalah hasil nukilan Fedtri Yahya bersama Shah Shamsiri.

Seperti yang dijangka, nyanyian padu Misha melayakkannya menerima trofi Vokal Terbaik , dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000.
Pada masa sama, Misha juga memenangi tempat ketiga AJL33 dan menerima trofi serta hadiah wang tunai RM20,000.
Sejurus berakhir persembahannya, Misha dilihat menangis teresak-esak sebelum meninggalkan pentas.
Misha ketika hadir untuk sesi temuramah bersama Geng Pagi Hot memberitahu,
“Saya hampir tak mampu menghabiskan persembahan di dua note terakhir semasa menyanyi, kerana terlalu terharu dengan sorakan penonton di stadium, yang menyeru nama saya berkali kali.”
Menurutnya, ia satu saat yang “priceless”.
https://www.instagram.com/p/BtcPtSuh8rW/?utm_source=ig_web_copy_link
Misha sebelum ini pernah menitiskan air mata ketika pelancaran single terbarunya itu, mengenangkan ujian yang dihadapinya menyiapkan karya itu.
Misha berkata,
“Sejak bergelar ibu, saya mudah menitiskan air mata. Ketika merakamkan lagu ini, anak saya Idris kerap berdepan masalah kesihatan yang tidak dapat saya kongsi kepada umum.”