Hot FM

Misi saya untuk kembalikan maruah Gombak, kata Amirudin



Amirudin Shari akan mewakili Pakatan Harapan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.

GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, misinya sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 ialah mengembalikan maruah Gombak yang tercalar akibat tindakan bekas pemimpin PKR menerusi Langkah Sheraton pada 2020.

“Saya rasa jadi tanggungjawab saya untuk pertahankan Gombak di bawah PH dan kembalikan maruah Gombak yang tercalar kerana kita pernah menghantar salah seorang Ahli Parlimen yang menjadi salah satu punca ketidakstabilan politik dan ekonomi dalam negeri dan negara kita,” katanya pada “Himpunan Gombak Bermaruah”.

Amirudin akan berentap dengan Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional dan Megat Zulkarnain Omardin daripada Barisan Nasional di Parlimen Gombak pada 19 Nov ini.

Azmin memenangi kerusi Gombak sejak 2008 atas tiket PKR. Bekas timbalan presiden PKR itu bersama sembilan Ahli Parlimen PKR keluar parti menerusi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version