Imbas untuk muat turun aplikasi

TERMA DAN SYARAT

  1. Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM adalah sebuah kempen on-air yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd.) [215342-D], bermula dari 12 September 2022 – 30 September 2022
  2. Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

MEKANISME

  1. Dengarkan petikan lagu yang ada perkataan ‘Di’ yang akan dimainkan oleh personaliti Hot FM.
  2. Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat mendail keudara.
  3. Berikan tajuk lagu dan nama penyanyi dengan betul untuk peluang menang RM100 atau jumlah terkumpul, dalam masa 10 saat.
  4. Sekiranya jawapan salah, wang akan dibawa ke peluang yang seterusnya. 

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan kempen Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
  2. Dengan menyertai Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Hot FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). https://www.hotfm.audio/terma-dan-syarat-peraduan/
  3. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 
  5. Peserta juga boleh dikehendaki oleh Hot FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan hendaklah mengiktiraf bahawa Hot FM mempunyai hak untuk mengguna pakai gambar-gambar ahli band  untuk tujuan publisiti, video-video dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Hot FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Hot FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Hot FM tidak mendedahkan identitinya, Hot FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
  6. Hot FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Hot FM secara amnya. Hot FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Hot FM tanpa sebarang pampasan tambahan.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM; Rangkaian Radio di bawah Media Prima; Media Prima Berhad; Tune Talk, sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

  1. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Hot FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.