Site icon Hot FM

Miti tak pernah umum Tesla buka kilang di Malaysia, kata Tengku Zafrul


zafrul
Tengku Zafrul Aziz berkata strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja.

PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilangnya di Malaysia, kata Menterinya, Tengku Zafrul Aziz.

Beliau akui ada perbincangan dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang.

“Sekali lagi saya ulang, Miti atau mana-mana agensinya tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia.

“Walau apapun, Miti akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata dakwaan menyebut Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara termasuk Malaysia perlu dirujuk kepada syarikat gergasi itu.

Semalam, laporan dalam talian Thailand, The Nation memetik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version