
KUALA LUMPUR: Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam kadar segera bagi meneliti fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza, Palestin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan hari ini memaklumkan perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meneliti fatwa berkenaan secara mendalam dan menyeluruh.
“Saya juga telah meminta agensi bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) untuk mengadakan libat urus bersama agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut.
“Ini demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan…