Antara perkara lain yang akan turut dibincangkan termasuk persediaan menghadapi PRN bagi enam negeri.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini dijangka membincangkan hala tuju parti itu selepas selesai mengadakan pemilihan pada Sabtu lalu.
Ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsudin, berkata antara perkara lain yang akan turut dibincangkan termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri.
“Selain itu mesyuarat pertama selepas pemilihan biasanya presiden (Ahmad Zahid Hamidi) menjemput untuk majlis angkat sumpah dan suai kenal antara semua MKT baharu dan yang lama.
“Keduanya mungkin presiden lantik (ahli) majlis tertinggi tambahan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn.
Mesyuarat pertama barisan baharu MKT selepas pemilihan itu dipengerusikan Zahid.
Pada pemilihan itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan…